KORANG TAK TAHU : SEJARAH TEDDY BEAR
22:48
asal teddy bear dari negara Uncle Sam iaitu Amerika. ceritanya macam ni ha....
Pada bulan November 1902, Presiden AS Theodore “Teddy” Roosevelt telah pergi untuk memburu di Mississippi. Selain berburu, Presiden Roosevelt juga mempunyai dalam misi untuk menyelesaikan sengketa sempadan antara Mississippi dan Louisiana.
Sebagai seorang pemburu berpengalaman, Roosevelt kecewa kerana tidak berjaya bertemu dengan binatang buruan. Disebabkan oleh itu, pembantunya yang berkulit hitam telah berushah menangkap anak beruang hitam dan diikat di pokok untuk Roosevelt tembak (looser giler)
Tetapi Roosevelt menolak untuk menembak beruang kerana tindakan ini merupakan satu kekejaman kerana beruang itu terikat dan tidak mampu mempertahankan diri. Setelah mendengar berita kejadian ini, artis Clifford Berryman telah melakar kartun Roosevelt dan beruang. Kartun ini telah diterbitkan di dalam akhbar Washington Post.
Pada bulan yang sama, pemilik kedai mainan Brooklyn, Morris dan Rose Michtom telah mencipta patung beruang dan dinamakan Teddy bear bersempena nama Presiden AS Theodore “Teddy” Roosevelt..
so you all dah tau sekarang..dah2 dah tua nak main teddy bear lagi ker..ekekek...
0 comments