PELIK-PELIK : IKAN PELIK DAN ANEH
00:36Agak-agak anda semua pernah tak tengok ikan yang aneh lagi pelih lagi unik nih?? aqielaken kongsikan dengan semua, 7 jenis ikan yang aneh ini.. Ini merupakan bentuk ikan yang paling pelik dan aneh di dunia :
1. Four Eyes Fish (Ikan Bermata Empat)
Ikan ini dikategorikan sebagai genus anablepidae iaitu ikan yang hidup di muara sungai bahagian selatan Mexico hingga bahagian selatan Amerika Selatan. Ikan ini hanya hidup di air tawar dan air payau. Mereka memiliki mata yang terletak di bahagian atas kepala dan terbahagi dalam dua bahagian yang berbeza, sehingga mereka dapat melihat bahagian permukaan air dan bawah air dalam waktu yang sama.
Ikan ini sebenarnya hanya memilki 2 buah mata, namun kedua matanya yang terletak di bahaian aras kepala terbahagi menjadi 2 bahagian, iaitu bahagian atas dan bawah yang dipisahkan oleh lapisan jaringan yang tipis. setiap bahagian mata memiliki pupilnya sendiri. Bahagian mata atas untuk melihat di udara (atas permukaan air) dan bawah untuk melihat ke dalam air. Ketebalan lensa mata bahagian atas dan bawah juga berbeza, semakin ke bawah semakin tipis.
2. Ikan Kelelawar Berbibir Merah (Red Lipped Batfish)
Ikan ini kelihatan seperti memakai lipstik. Ikan ini hidup di perairan Kepulauan Galapagos. Red Lipped Batfish merupakan perenang yang buruk, sehingga ia menggunakan sirip dadanya untuk berjalan di dasar laut. Ketika semakin dewasa, sirip punggung ikan ini akan bersatu dengan tulang belakangnya sehingga akan terlihat menarik bagi mangsanya.
3. Spookfish (Ikan Hantu)
Ikan ini memiliki wajah yang sangat menyeramkan. Masih belum ada penjelasan lebih lanjut tentang ikan ini.
4. Barreleye Fish – Genus Macropinna Microstoma (Ikan Kepala Transparan)
Ikan ini merupakan satu keluarga dengan ikan hantu di atas. Ikan ini mempunyai kepala transparan yang cembung dan berisi cairan bening. Bahagian pangkal mata dan organ dalam kepalanya dapat dilihat jelas dari luar. Terdapat dua gundukan warna kuning kehijauan seperti setengah kuning telur di belakang pangkal mata. Kedua benda itu diakui berfungsi sebagai mata.
Di belakang dua “benda kuning” itu kelihatan serat-serat berwarna krim seperti jaringan daging yang sudah pucat. Dengan ukuran siripnya yang besar, membuat dia tetap seimbang. Dia hidup tepat di batas terbawah kemampuan sinar matahari menembus kedalaman laut. Pada posisi tersebut membuat dia tidak kelihatan dengan jelas oleh haiwan-haiwan di sekitarnya.
Haiwan pemangsa mahupun mangsanya sendiri yang bersembunyi di atas tidak dapat melihatnya. Namun ikan ini mampu melihat keatas kerana matanya dapat diputar lurus ke sepan ataupun ke atas. Ianya sangat menakjubkan. Para pengkaji percaya bahawa matanya yang berwarna hijau kekuningan itu telah berkembang membentuk saringan cahaya yang berfungsi untuk mengabaikan sinar matahari dan dapat melihat cahaya yang pudar dari ikan kecil dan ubur-ubur yang merupakan makanan kegemarannya. Oleh itu, apa fungsi kedua ‘matanya’ yang terdapat di depan?
Menurut para ahli pengkaji, kedua mata ikan itu adalah nales, indra penciuman seperti lubang hidung manusia. Barrelfish memiliki kristal cair pada matanya yang terletak pada suatu tempat pada sebuah selaput kecil. Apabila kristal cair itu rosak, matanya akan mendapat tekanan sangat kuat dan kondisi itu akan membunuhnya. Kita tahu bahwa tekanan dalam laut pada kedalaman 600 meter ke bawah memang sangat kuat dan boleh membunuh.
5. Flying Fish (Ikan Terbang)
Exocoetidae atau ikan terbang adalah familia ikan laut yang terdiri atas sekitar 50 spesies yang dikelompokkan dalam 7 hingga 9 genus. Ikan terbang ditemui di semua samudra utama, terutama di perairan tropis dan subtropis di samudera Atlantik, Pasifik dan Hindia.
Ciri utamanya yang paling terkenal adalah sirip dadanya yang besar, memungkinkan ikan ini meluncur terbang secara singkat di udara, di atas permukaan air, untuk lari dari pemangsa. Peluncuran mereka biasanya sejauh sekitar 50 meter, tetapi mereka dapat menggunakan sokongan daripada tepi gelombang hingga dapat mencapai jarak sekurang-kurangnya 400 m.
6. Ikan Bergigi dan Lidah Manusia
Ikan Bergigi Manusia. Seorang pemancing di Amerika Serikat terkejut kerana ikan yang berjaya ditangkap itu mengigitnya dengan kuat. Ianya bukan sahaja menjerit tetapi setelah diperiksa gigi ikan ini mirip gigi manusia. Seperti dilansir web.orange.co.uk edisi 24 September 2010, Frank Yarborough sedang memancing di Danau Wylie, South Carolina. Tidak berapa kemudian, seekor ikan mengigit umpan lalu tersangkut.
Frank sangat gembira kerana ikan yang diperolehi itu sungguh besar. Warnanya gelap dan memiliki berat sekitar 5 kilogram dengan panjang hampir setengah meter. Yarborough menduga itu adalah ikan lele.
Dia pun memasukkan tangannya ke dalam air untuk mengambil ikan tadi. Tetapi, dia merasa takut dan menjerit kerana digigit kuat seperti gigitan manusia. Setelah diperiksa ikan itu memiliki gigi seperti gigi seri, geraham, dan taring seperti yang dimiliki manusia. Tidak seperti ikan di danau itu pada umumnya. Ikan langka itu ditangkap dan dibawa pulang.
Yarborough tidak terfikir untuk menggorengnya. Hingga kini masih tersimpan. Para ahli biologi percaya ikan itu mungkin dibesarkan dalam sebuah kolam yang eksotis. Robert Stroud, seorang ahli biologi perikanan air tawar Departemen Sumber Daya Alam di Carolina Selatan, telah mengkonfirmasi adanya sampel ikan itu. Sampel ikan itu telah dikirim untuk menentukan apa jenis spesies ikan misterius itu.
7. Handfish (Ikan Bertangan)
Penampakan ikan ini terlihat sektar tahun 1990-an dan ikan ini merupakan salah satu jenis terbaru dari ikan bertangan lainnya. Ikan ini kelihatan ganjil kerana tidak berenang dan itu menjelaskan sebab lokasi ikan ini wujud di dasar lautan. Yang anehnya ikan ini menggunakan “tangannya” yang seharusnya menjadi sirip untuk berjalan. Lokasi ditemukan ikan tersebut ada di daerah Tasmania,Pulau Australia. Kulitnya dilapisi denticle (semacam sisik yang kasar/bergigi-gigi) sehinga ia dijuluki warty anglers (wart = kutil). Ukurannya sekitar 15cm.
0 comments